C y w e e N
Cyween



[Assalamualaikum]

Terima kasih kerana sudi melawat
No ripping . No copying .

Story About Links

THEM FB TWEET

S W E E T H E A R T



A friend is one who knows you and loves you just the same .



Cinta
Wednesday 30 November 2011 | Wednesday, November 30, 2011 | 0 Strawberry
Cinta itu amat mudah, namun erti cinta itu amat dalam maknanya. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, dan kebencian membawa kepada kemusnahan.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. putus cinta memang menyedihkan. perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta,anggaplah kesedihan itu seperti hujan, walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kita masih mampu tersenyum, dan bahagia untuk dia. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Kalau bersedih kerana cinta, anggaplah kesedihan itu seperti hujan,walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Jangan kerana cinta, kita menjadi lemah. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati bila musim berganti. Cintailah dia seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi jika benar kita menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu.cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cinta itu disambut oleh pecinta palsu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. mungkin apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kita benci tersimpan kebaikan di dalamnya.Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah kita alami. :')

Saya cuma penaip yang tidak pandai bermain dengan kata - kata cinta . :D


Older Post | Newer Post