C y w e e N
Cyween



[Assalamualaikum]

Terima kasih kerana sudi melawat
No ripping . No copying .

Story About Links

THEM FB TWEET

S W E E T H E A R T



A friend is one who knows you and loves you just the same .



Cinta Abadi
Sunday 27 May 2012 | Sunday, May 27, 2012 | 0 Strawberry
Assalamualaikum korang . Hari ni aku nak share satu cerita yang aku baca dari blog someone . sebelum korang baca , lebih baik , korang sediakan tisu dulu . :'D .



************


dia duduk menghadap laptopnya langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen - ceramah bersama dokter masyitah . siaran OASIS astro itu pun telah bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat . Tiba-tiba si dia bangun dan memandang dia yang tengah kusyuk membelek laptop di hadapannya . "abang, maghrib dah nak masuk . kita jemaah ya." Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap . Tersentak sebenarnya , mana pernah solat . nak jadi imam ?

huh! lawak antarabangsa betol . macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ni pun tak tahu lah . salah abahlah ni , pandai-pandai nak tentukan jodoh orang . cari stok tudung labuh pulak tu . okay , salah aku sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh . okay , salah aku lagi angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan . okay salah aku lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh pergi kelab dan mabuk . okay salah aku lagi sebab duit syarikat abah habis aku joli , banyaknya salah aku . 

jadi abah kahwinkan aku dengan siti syahirah binti Amran ni . Bukan itu aje , abah hantar aku dengan dia duduk dekat penang ni . itu okay lagi , abah ambil kereta sport aku dan aku kena guna kereta isteri aku ni . Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni . Nak enjoy pun takboleh , sebab ini penang bukan KL. enjoylah aku denagnlaptop ni . baru sehari duduk rumah ni , aku dah nak gila . belum seminggu lagi . kalau sebulan ? huh!
"abang dengar tak?" macam cakap dekat laptop tu je . "hm ,saya sembahyang dekat surau." eh , macam mana ayat tu keluar . huh , surau pun aku taktahu dekat mana . nak lari dari jadi imam punya pasal . "saya ikut, kejap saya siap." Si isteri telah pun hilang dari pandangan mata . Aiman tersentak . aduh! dia nak ikut pulak , laptop dimatikan . dia duduk di sofa sementara menanti isteri bersiap . Fikiran ligat memikirkan dekat mana surau sebenarnya . "abang , dah siap." Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track . cantik! "abang?" Aiman tersedar. "jom" kunci diatas meja dicapai . "saya bawak kereta awak , tak kisah?" tanya Aiman ragu-ragu . Syahirah senyum . "harta saya harta abang jugak." Aiman hanya mengangguk . dalam kereta hanya dengar radio hot fm .


Aiman dah tak tentu arah . Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . rasanya ulang-alik je jalan ni . "abang , surau belok kiri tu." Aiman hanya diam . malu. kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya . Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin . Aiman masih tidak mematikan enjin . Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta . Aiman melihat dirinya yang hanya bert-shirt dan seluar track . aduh! mana bawak kopiah ke songkok ke ? "er ira.." syahirah menoleh . Mana ada orang pernah panggil dia ira . pertama kali dengar . "ya?" "okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kena halau ke nanti?" Syahirah tersenyum . "jangan risau yang menilai tu Allah bukan manusia. kalau niat kita kerana-Nya, insyaAllah. pakaian abang ni dah okay dah ni." Aiman terdiam . tak pernah sebelum ni dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama . "jom" ajak syahirah . "hmm" Enjin kereta dimatikan .


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen . Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. "solat itu tiang agama , kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama." Teringat diary isterinya yang dia jumpa tadi . terbaca . "saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba." aku tak adalah baik sangat kenapalah kau kahwin dengan aku. kesian kau dapat suami mcm aku . aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya 'tapi kau boleh berubah .Allah Maha Pengampun!' Televisyen itu hadapannya itu dipandang kosong .


Berubah ? teringat juga dia amaran abang iparnya ."aku bagi amaran dekat kau , jangan sesekali berani angkat tangan kau dekat adik aku. lagi , jangan pernah sakitkan hati dia jangan buat dia menangis." aiman hanya mendengar amaran keras itu . "ingat! aku dapat tahu , aku terus pergi penang tu . kau faham tak?" aiman hanya mengangguk . huh garangnya!


Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu . dia tersenyum . dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya "cuba teka ini siapa?" kata syahirah dengan suara yang dibuat-buat macam suara lelaki . Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap . Lama . Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah ."hmm , Tom Cruise" main-main Aiman . "salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!" Aiman ketawa . "hm , Hj Amran." Syahirah pula ketawa . "salah! Hj Amran dekat johor." "ha! tahu . tahu . Syah!" Syahirah berkerut dahi. "Shah mana?" "Syahirah" . Aiman menarik tangan isterinya agar duduk disebelahnya .


cepat sungguh Shahirah ni mesra . ingatkan stok pendiam , terkejut juga tiba-tiba si isteri ni nak beramah mesra tapi saudara-mara kata yang syahirah ni jenis yang ceria dan dia pula jenis yang 'masuk'. "abg buat apa?" "tak ada apa-apa. saya nak tanya awaklah ." "tanya apa?" "err. kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?" "sebab Allah" Aiman diam sebentar . "tak faham" "saya buat solat istikarah . mintak petunjuk dari-Nya." Aiman senyap . rasanya tak ada apa yang hendak dikatakan lagi . sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu ... "abang , saya tak reti masak" kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur . Terkejut juga Aiman . Nak makan apa kalau isteri tak reti masak . hari-hari makan kedai bankruplah . dah lah abah tak bagi duit banyak . Nak berkata sesuatu tapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diary isterinya. "lelaki bising perempuan tak reti masak! habis , kalau lelaki tak reti jadi imam itu!" walaupun ayat itu tulis dalam diary dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman "macam mana ni abang ?" kata Syahirah sayu . Aiman menggaru kepala . taktahu nak jawab apa . "tak apalah , lepas ni kita sama-sama belajar masak."


"maaf yea abang .." Aiman senyum "tak apa" Aiman keluat dari dapur . Syahirah rasa bersalah . itulah! umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. buat malu je . sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop . "abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?" "belajar masak guna internet" Aiman senyum dan mengangkat kening . Syahirah senyum . "huish masin" Komen Syahirah . Aiman mengambil gulai di hadapannya . "abangkan yang masak ni." kata Syahirah lagi . Aiman rasa dan ketawa . "haa okaylah ni daripada awak punya sayur tawar! tak rasa apa-apa" komen Aiman pula. "okay apa" "is okay , gulai tu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa . campur je semua tu jadi sayur gulai." "boleh ke macam tu?" "boleh" "okay" "dah makan cepat nanti tak sempat pergi surau" Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak isteri pergi surau ? huh, sejak bila jadi geng surau ni? Syahirah senyum . dah ada perubahanlah abang! "ustaz" panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat maghrib itu . ustaz itu menoleh "ya?" "saya nak.." "nak apa?" Aiman malu nak berkata-kata tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. "anak nak apa?" "saya nak belajar agama" terluah juga . ustaz itu senyum . "mari" Selesai silat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau . lama dia menunggu Aiman di kereta .


 Seyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur . "ustaz kenalkan isteri saya ." Aiman kenalkan Syahirah kepada lelaki itu . Syahirah hanya senyum dan mengangguk . "baguslah. muda-muda kahwin sama-sama pergi surau ." Aiman tersentak . walau apapun senyum paksa di beri . "Alhamdulillah ustaz , Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni." kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam . "Alhamdulillah , semoga kalian berbahagia hingga ke syurga ." "terima kasih ustaz." Aiman bersuara . Ustaz menepuk bahu Aiman . "baiklah , saya balik dulu . Assalamualaikum" "Waalaikumusalam" Jawab Syahirah dan Aiman serentak .


Aiman duduk dibirai katil dengan matanya memandang isterinya mengemas baju ke dalam bagasi . "lamanya abang pergi.." Aiman tersedar . "hmm seminggu je" Ya , dia kata kepada Syahirah atas urusan kerja . sebenarnya dia mahu ke pondok untuk menyelami dalam lagi tentang agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau hari tu . Rasanya dia perlu berubah . Sampai bila dia nak mengelak menjadi imam dalam keluarganya . Sampai bila dia nak terus jahil . Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami . Sampai bila dia nak terus hipokrik mengikut Syahirah ke surau tetapi taktahu apa-apa .Sudah tiba masanya dia berubah! "Seminggu tu lama tau.." lirih Syahirah. "pejam celik pejam celik sekejap je tu." "kalau pejam tak celik-celik?" tersentak Aiman mendengar ucapan isterinya itu . Sudah, rasa berat hati pulak nak tinggalkan si Syahirah ni . Aiman memandang Syahirah "apa awak cakap ni?" lembut nada risau disitu . Syahirah ketawa halus. "gurau je lah . Abang ni cepat betul sentap." Aiman diam. "Takyah lah kemas beriya-iya .Nanti yang lain saya kemas." Isterinya tarik muncung . "takmohlah nanti kurang pahala."


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu . memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja . teringat dosa lampau yang pernah di buat . Ya Allah .. banyaknya dosa hamba . Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok . dia menelefon isterinya . Salam berbalas "awak sihat?" Aiman duduk di tangga surau papan itu . Syahirah bersuara riang. "Alhamdulillah sihat . Abang tak rindu saya ke ? dah masuk hari kedua baru nak call ? abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau ?" Aiman hanya senyum mendengar celoteh isterinya . "haa , lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana sebenarnya ni? tiba tiba suara Syahirah bertukar sebak. "saya tahu saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya ." tiba tiba air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam . Syahirah juga diam . Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan . "awak nangis ke?" Diam lagi . "awak , saya..." Syahirah memintas "takpa saya faham" air matanya diseka . "abang sihat tak?" "sihat Alhamdulillah" diam .


 "abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah . "baik sayang" Terdiam Syahirah . Aiman senyum je . "lagi?" "er abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur . Aiman ketawa "next?" "kalau terjaga pukul dua tiga pagi jangan lupa solat tahajut ." Aiman hanya mengangguk . "lagi?" "selalu beristighfar" "okay, lagi?" "Ingat Allah dalam setiap perbuatan." "Alright , next?" "sentiasa berselawat" "okay" "abang ni last" "apa dia tu?" soal Aiman lembut . "doakan rumah tangga kita sampai syurga." Aiman senyap sekejap. "sure"


Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu . Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya . Syahirah telahpun keluar menyambut kepulangan suaminya siap bertudung . mereka bersalaman . "Assalamualaikum awak." "Waalaikumusalam abang ." Syahirah menyalami tangan suaminya . Terpegun juga dia melihat suaminya hanya berT-shirt kolar , seluar slack dan berkopiah . (mungkin Aiman tak perasan kot) wajah aiman ada sinar keimanan . sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya . "err , awak kenapa pandang saya?" Syahirah tersentak . "eh tak . abang nampak lain ." "apa yang lain?" Aiman memandang dirinya dan baru perasaan yang kopiah masih di kepalanya . "ohh" jawab Aiman sambil membuka kopiahnya . "jom masuk" Mereka beriringan ke ruang tamu . Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur . Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu . Kemas dan bersih .


walaupun rumah itu kecil tetapi selesa sangat . entah , dulu tinggal di villa abag takpernah rasa selesa dan tenang. "abang nahh..." lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya . Aiman menyambut . "thanks." "abang nak tahu tak?" dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu . "hmm?" Aiman merenung isterinya . Dia sudah faham dengan sikap isterinya yang permah dan banyak cakap ini . kadang-kdang macam budak-budak . "ada sinetron baru tau" berkerut dahi Aiman . "ohh apa tu?" "apalah abang ni , cerita drama bersiri indonesia. tajuknya cinta fitri." "oh" gelas diletak di atas meja . "kenapa dengan cerita tu?" "best" Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya .comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan . "apa yang best?" "lagu" "ohh , jalan ceritanya tak best?" sungguh! ini pertama kali Aiman berbual mengenai cerita indonesia . "best jugak tapi sedih." "kenapa pulak?" "ntah, abang nak dgr lagu tema dia tak?" "lagu apa?" "tajuknya cinta kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen " Syahirah mengambil mp3 dia dalam almari terletak di ruang tamu .


Aiman hanya memerhati . "haa nahh.." dia menghulurkan earphone pada Aiman . "hm, awak ambil satu." kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi kepada isterinya . "er kita dengar sama-sama." tergagap-gagap Aiman . "Ok" ceria Syahirah menyambut earphone tu . Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya . Mudah untuk dengar mp3 itu . Inilah aku apa adanya yang ingin membuatmu bahagia maafkan bila ku tak sesempurna cintaku padamu "saya baru download tadi" Syahirah senyum . Aiman turut tersenyum .

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang . Ini jugaku apa adanya yang ingin selalu disampingmu ku tahu semua tiada yang sempurna di bawah kolong langit ini . "abang , kita jadikan lagu ini lagu kita nak?" Aiman diam seketika . Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar , Taktahu kenapa. "hmmm" Jalan kita masih panjang ku ingin kau selali disini biar cinta kita tumbuh harum mewangi dan dunia menjadi saksinya untuk apa kita membuang-buang waktu dengan kata-kata perpisahan . kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu . tanpa disedari Aiman telah meletakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukan . Kusyuk mendengar lagu .


Demi cinta kita aku akan menjaga cinta kita yang telah bina walau hari terus berganti hari lagi cinta kita abadi selamanya .. Aiman tersentak apabila mendengar azan . pantas dia menarik earphone itu . dia menoleh ke kiri . Syahirah dah tidur . "err , awak .." Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi . "awak , bangun dah azan asar ni.." Syahirah bangun dengan menggosok matanya . "abang , saya ABC la. Abang solat lah.." Aiman pelik . apa benda pula dia nak ABC ni "awak , dah asar . kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar ." Syahirah memandang Aiman ."Allah Bagi Cuti . sakit perempuan ," Aiman teragak-agak . "ohh , haa okay . saya solat dulu ." Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik . "Abang" langkah Aiman terhenti . doa menoleh . "doakan rumah tangga kita sampai syurga" Syahirah senyum dgn gaya menadah tangan . "sure"


"abang , saya nak cari buku masak ." Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli bersama Syahirah tadi . "nanti jumpa abang dekat kaunter lah." kata Syahirah lagi dan terus berlalu . Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata . Aiman berjalan ke buku-buku islamik . Terdetik hatinya tafsir Al-Quran , Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu .


"apa yang boleh saya bantu encik?" "hm , ada tafsir tak?hmm tafsir Al-Quran?" "maaf encik tiada stok ." Aiman senyum paksa. "Okay Thanks" Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni . tiba-tiba Syahirah datang "abang tak beli apa-apa?" "tak. awak dah jumpa buku ?" Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman . "tadaa... nanti kita try dekat rumah okay?" "Okay" Aiman membayar buku itu . Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu . pekerja kedai buku iti berbisik . "wah , romantiknya mereka!" "tahu tak apa. untungkan wanita tu dapat suami yang punyalah handsome dan baik ." "mana kau tahu baik ? tadi dia mintak tafsir Al-Quran" "Oh , memang padanlah . perempuan itu pun alim je ." "sweetkan . suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack , isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh . Baju dorang warna match . jalan pegang tangan" "superb romantiknya" "kan Allah berfirman ; perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat , lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat . perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , lelaki yang baik untuk perempuan yang baik . (an-Nur; 26)" "betol-betol"


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu . Lama dia bercuti di pondok hari tu . justeru , banyak kerja yang perlu dia lakukan . "abang.." sapa Syahirah manja . Aiman senyum . "kenapa?" "nahh.." Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman . Aiman mengambil dan berfikir . "birthday saya rasanya belum lagi .." "abang , buka lah dulu . Saya dah ngantuk . Jangan tidur lewat tau . Nanti dah masuk bilik perlahankan air-cond . Nite abang. Assalamualaikum ." Syahirah penat . Mana tidaknya sehari suntuk berjalan . Setelah Syahirah masuk ke bilik . Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu . "subhanALLAH, tafsir Al-Quran.." terasa macam nak mengalir air mata Aiman . 'Al-Quran, the love letter from Allah' - isterimu. Aiman turn off laptopnya . kertas-kertas yang bertaburan diperkemaskan . Setelah selesai berkemas dan mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik . Samar-samar, hanya lampu si sisi katil sahaja yang menyala . dia lihat Syahirah sudah lena tidur .


Mungkin penat sangat . Aiman senyum . Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up . Seluar dilipat . Aiman menuju ke tandas . Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu . sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat . entah , tidah tahu kenapa perasaan itu timbul . Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis .


"Aiman!! kamu nak jadi apa haa?!!" tengking Dato Rahimi merangkap abahnya . Aiman hanya tunduk . Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri . dia tak banyak cakap . Selepas pulang dari pondok agama hari tu dia tak cepat marah atai melenting . "kamu dengar tak?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ye ? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk?!!" Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman . "abah , ekonomi dekat sini buat masa sekarang tidak stabil.." Dato Rahimi memandang sinis anaknya . "bukan kamu joli kan semua duit tu?" "Abah.." "dah! abah taktahu kamu buat macam mana, abah tahu kamu settlekan semua bil-bil ni!" Tercengang Aiman mana ada duit banyak tu . "Abah , saya tak ada duit banyak tu." "abah tak peduli . kamu buat apa yang patut!" Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu . Terduduk Aiman . Ya Allah.. tiba-tiba telefon Aiman berbunyi . Shahir . abang iparnya telefon. "Assalamualaikum ." lemah Aiman menjawab . "Waalaikumusalam , weh Aiman. kau balik rumah kau sekarang!" "er, kenapa long?" "kau balik je!" Tersentap Aiman apabila telefon dimatikan . buat apa ye abang iparnya datang ke penang ?


Aiman mengambil briefcasenya . satu , satu masalah dia dapat . laju Aiman memandu kereta isterinya itu . Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cutilah . Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah . Justeru , Syahirah menyuruhnya membawa kerta dia . "Along , tolonglah jangan buat kecoh disini ." rayu Syahirah . "eh . kau diam lah dik!" Aiman melangkah masuk ke rumah . "Assalamualaikum." "hah, sampai pun kau .." Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya .


Aiman menarik kembali tangannya . "kenapa along?" "aku nak bawak Syahirah balik .." Sentap Aiman mendengarnya . matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata . " ta..tapi kenapa?" "kenapa kau tanya ? kau tahu tak ? aku pergi dapur , tak ada makanan langsung! macam mana kau sara adik aku haa?! lepas tu , aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!" herdik Shahir . Sebak Aiman mendengarnya . "Along tak boleh buat macam ni .." "apa tak bolehnya! takkan kau nak adik aku sara kau pulak! aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je!" "along, kenapa along cakap macam tu?" Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman . "kau diam. dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!" Shahir menarik tangan Syahirah .


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya . "saya tak akan pergi! tempat seorang isteri di sisi suami!" "hoi Aiman. baik kau izinkan . tak akan aku nak biarkan isteri kau ni mati kebulur!" marah Syahir lagi. Ya Allah , tabahkanlah hati hamba . Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula . Betul juga apa yang abang iparnya cakap . dia nak bagi isterinya makan apa ni . memang kali ni dia muflis tersangat! "abang tolong..." sayu suara Syahirah meminta pertolongan Aiman . "saya izinkan..." sebak "saya izinkan awak balik .." Terus Syahir menarik tangan adiknya keluar . Air mata Aiman jatuh juga . mata di pejam . "abang..." Teriak Syahirah satu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya . Aiman terduduk . Ya Allah beratnya dugaan-Mu...


Aiman baru selesai solat Maghrib , sayu hatinya melihat rumahnya sunyi . memang dia tidak ke surau . rasa nak demam je . puas dia memikirkan macam mana nak dapatkan duit nak selesaikan bil-bil nya . sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi . terus button hijau ditkan tanpa melihat nama pemanggil . Aiman tekejut mendengar esakkan di talian itu . "awak .." esakkan itu masih lagi berbunyi . "Ira .. awak.." "sampai... sampai hati abang.." Aiman senyap "saya buat macam ni agar awak senang..." "tak ada istilah senang kalau saya kena tinggalkan abang sorang-sorang lalui kepayahan." "awak tak faham.." sayu Aiman .


Suara serak Syahirah berbicara lagi . "Abang.. biarlah susah senang kita bersama ." Aiman senyap . "Abang tolonglah abang , saya nak jadi isteri yang solehah ."Aiman masih lagi senyap . air matanya mengalir . terharu dengan kata-kata isterinya . di saat semua orang menyalahkannya tapi isterinya tidak . "Abang .. tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni.." "sayangg tak perlu rasa bersalah." Terdiam Syahirah. Ya Allah... "Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya tu.." Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja . "cuba abang baca.." Rasulullah saw bersabda : "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah . segala sesuatunya lebih baik . tampankanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya" (muslim) Aiman beristighfar .


Mata di pejamkan seketika . "sayangg .. abang betul-betul tak kuat..." buat pertama kali kalimah abang itu terluah juga . " Abang, tolonglah. saya nak berada disisi abang saat abang senang dan susah ." "tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along semua orang ." "abang , along insan biasa . abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.." Aiman hanya diam . "istikarahlah abang , minta petunjuk-NYA .. Assalamualaikum." Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi . Talian dimatikan . Aiman menarik nafasnya . Ya Allah......


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a : Wahai Ali bagi orang 'ALIM' itu ada 3 tanda-tandanya ; 1) Jujur dalam berkata-kata . 2) Menjauhi segala yang haram . 3) Merendahkan diri . Wahai Ali , bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya ; 1) Merahsiakan ibadahnya . 2) Merahsiakan sedekahnya . 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya . Wahai Ali , bagi orang yang TAQWA ada 3 tanda-tandanya ; 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan . 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman . Wahai Ali , bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya ; 1) Mengawasi dirinya . 2) Menghisab dirinya . 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


"Assalamualaikum.." Aiman menoleh . "Waalaikumusalam , eh ustaz." Mereka bersalaman . Ustaz itu senyum. " baca artikel apa tu?" "Nasihat Rasulullah pada Saidina Ali ." "Ohh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk di sini . tak balik?" Aiman senyum ."tenang duduk dekat masjid ni." "dari subuh tadi . dah nak masuk maghrib ni, isteri kamu tak ikut?" Aiman sentap . "Hm , dia balik kampung ." "ohh , eh ustaz nak pergi tandas sekejap . Kamu bacalah buku ini dulu ." Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu .


Tangannya menyelak muka surat pertama . Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan , yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka , Indahnya tarbiah Allah , tersiram rahmat dan hikmah , diuji kita sebagai tanda sayang-Nya .. terkedu Aiman . Ya Allah ... telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya . Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. memang perit sangat dia rasa . Urusan syarikat pula bekerja keras dia agar projek untuk membayar bil-bil syarikatnya . Abah memang tanak tolongnya . Yelah , dulu banyak kali abah tolong tapi dia yang mensia-siakan . Tapi itu dulu , sekarang lain .


Assalamualaikum , abang dah makan ? - Syahirah.

Aiman membaca mesej itu dengan senyuman . dia tahu Syahirah tidak mahu voice to voice dengannya . merajuk tapi still tanya khabar melalui sms . comel je isterinya merajuk .

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah . -Aiman .

lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay ? -Syahirah.

doakanlah ada projek yang masuk . -Aiman.

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki . insyaAllah , kalau kita berdoa dan berusaha Allah akan tolong kita . -Syahirah.

Aiman membaca mesej itu dengan senyuman lagi .

InsyaAllah . -Aiman.

"Assalamualaikum , abi." Aiman menelefon ayah mertuanya , Haji Amran . "Waalaikumusalam, Aiman kenapa ni?" nada risau . "abi , saya.. saya..." tak terluah oleh kata-kata . "Aiman, abi faham. sekarang kamu buka email kamu . abi ada hantar satu video . kamu hayati dan kamu fikir baik-baik . bersabar yea Aiman ." "Terima kasih Abi ." Selepas salam berbalas . talian dimatikan . Syukur , abinya seorang yang memahami . AIman membuka emailnya . Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah University terkemuka di tanah air . Wajarlah along tak mahu adiknya itu hidup melarat . Matanya tertancap pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kanlah . Kesian abi tengok Syahirah . Dia sangat memerlukan kamu . Air mata nya jatuh saat melihat video itu .


Sungguh , dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami . Astaghfirullahalazim . erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya . Haji Amran hanya tersenyum melihat mereka . "Abang , please...jangn tinggalkan saya lagi .." esak Syahirah . Aiman terkedu itu mengesat air mata Syahirah . "shhh, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya ." mata mereka bertentangan . Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya . "jaga dia baik-baik Aiman ." pesan Haji Amran . "Terima kasih abi umi ." sayu sahaja Aiman bercakap . teringat nasihat abinya itu . Mujur along ada conference dekat Seoul , Korea . Tak perlu dia berdebat dengan alongnya . Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini . "Kami balik dulu , abi umi ." Aiman bersalaman kedua ibu bapa mertuanya di turuti Syahirah . "Assalamualaikum." "Waalaikumusalam"


"saya sayang abang." Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah . Aiman yang tengah memandu itu senyum "saya pun sayangg awak jugak." Syahirah senyum senang . "Ira.." panggil Aiman . "Ya?" Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu . Aiman diam sekejap . "thanks." "thanks untuk apa ?" "sebab awak saya dah banyak berubah ." Syahirah ketawa kecil . "bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang untuk bertaubat ." "tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni , abang tak berubah ." kata Aiman . Syahirah senyum . "saya hanya pengantara saja . semua itu tertulis di Luh Mahfuz ." Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu . "thanks lagi sekali ." Dahi Syahirah berkerut . "Untuk apa pula?" "settlekan bil-bil syarikat tu ." "kita suami isteri kena saling membantu ." "mana ira dapat duit sebanyak tu ?" Syahirah senyap .

Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada umi , abi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu , dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya . Biarlah , hanya dia dan Allah sahaja yang tahu derita bahagia ini . Aiman memandangnya sekilas . "sayangg..mana awak dapat wang sebanyak tu ?" Syahirah terkelu . "hm , rezeki Allah ." "dari mana ? takan dari langit kot ?" soal Aiman lembut .


"Abang , jom kita makan dekat restoran tu , lapar pula rasanya ." Syahirah menunjuk ke arah sebuar restoran di sebelah kiri . Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi . kereta dibelokkan . Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa . Tiba-tiba , Syahirah terbatuk . Aiman terkejut . Syahirah terkejut kerana tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi . Aiman terus menerpa ke arahnya . "awak ." Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu . Syahirah hanya senyum . "biasalah panas tu yang berdarah tekak tu ." "kita pergi klinik yea ." Syahirah dah pening . "tak apa . ni panas ni , dah biasa ." "no.. nampak serious ni ." ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di atas kerusi itu . Syahirah ketawa perlahan-lahan yang dibuat . "abang ni , panas jelah . saya nak pergi toilet kejap ." Sedaya upaya dia melangkah , kepalanya berdenyut .


Sakitnya Ya Allah . Aiman taktahu nak buat apa . Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu . Sebak tiba-tiba rasanya . Ya Allah , semoga semuanya baik-baik sahaja . "abang , bangun..." Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya . "En Aiman , bangun ..." Aiman membuka matanya perlahan-lahan . "Hmm, kenapa sayangg ?" "abang , jum buat qiammulai berjemaah . Kita takpernah qiammulai berjemaah." Aiman duduk menghadap Syahirah . "Dah pukul barapa?" "hmm , 430 pagi" "jom" Ajak Aiman .Kini , dia telah yakin menjadi imam . tidak sia-sia dia ke pondok agama hari tu . "sayangg amik wuduk dulu ." "okay"


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman . Terkejut Aiman . "mimpi ke realiti ni?" seloroh Aiman memegang pipinya yang di cium tadi . Syahirah hanya ketawa kecil dan masuk ke bilik air . Selesai berqiammulai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah . "abang , saya nak mintak maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang ." Seperti biasa Syahirah sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas bersolat . "Halalkan semua makan minum saya .." Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya . "abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. abang minta halalkan juga semuanya ya ." dahi isterinya dicium . "Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh ." kata Syahirah sambil senyum .


Aiman hanya senyum . "Hm , nak ikot abang Subuh dekat surau tak?" Syahirah geleng . "boleh ye abang . saya nak sembahyang dekat rumah je . letihlah ." Aiman mengangguk . "okaylah , nanti abang belikan sarapan." "Okay! saaaaaaayangg abang !" lirih Syahirah dan senyum . "sayangg awak jugak ." Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau . Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak . Aiman keluar dari kereta .


PRRRRAAANGGG!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar bunyi pinggan pecah . terus dia berlari masuk ke rumah . Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng . Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu . dia berlari ke dapur . terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur . darah berlimpahan . Isterinya . "Sayanggg!!!" jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau . Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi , tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan .


Aiman terpisat-pisat bangun . kepalanya seakan sakit . sewaktu matanya terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah . matanya beralih ke arah kiri . Ya Allah . "sayang ....." Aiman memangku Syahirah yang lemah itu . Entah macam mana dia boleh memegang pisau . Aiman mencampakkan pisau itu . "hahh ini tuan yang membunuhnya!" terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke rumahnya . "bukan saya." "dah bawak dia . cuba periksa nadi mangsa ." Tangan Aiman bergari ."Bukan saya!!" Aiman terkejut melihat abahnya turut disitu "Abah" bukan Aiman!!" anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah . Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan . "kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni..." satu abahnya berbicara . "bukan Aiman bahhh!!!"


Sewaktu keluar memang dah ramai di luar rumahnya . Aiman memandang abi , umi dan alongnya . "abi , bukan saya , umi!" meronta-ronta Aiman . "sedangkan orang gila tak mengaku dia gila , inikan pula kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!!" herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta-ronta . "bukan saya! Abi!! Umi!! Percayaa sayaa..." "cepat bawak dia!" arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini . Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba . Ya Allah .... Semoga dia selamat . Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang . Sayangg... bantu hamba Ya Allah....


Haji Amran melawat menantunya di penjara . "abi , percayalahh saya ..." Haji Amran senyum . "Sabar Aiman. kebenaran akan terungkap , bersabarlahh ..." "abi , macam mana keadaan Syahirah?" abi hanya senyap . air mata bergenang . Sebak dadanya . "abi , kenapa dengan Syahirah .?" Haji Amran hanya senyap dan senyum . "bersabarlah Aiman , berdoa banyak banyak . Doa itu senjata muslim gunakan sebaik-baiknya." Haji Amran bangun dari kerusi itu . "abi , jawab saya abi . Syahirah macam mana ?" mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan . "abi kena pergi dah ni . banyakkan bersabar . Ingat Allah sentiasa . Assalamualaikum ."


Haji Amran terus keluar dari bilik itu . Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu . Ya Allah , hamba tak kuatt.... "Abang cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..." Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-kerja . "cuba abang baca..." Rasulullah saw bersabda : "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah . Segala sesuatunya lebih baik . tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya ." (muslim) "Enciik , saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran.." kata Aiman pada warden yang menjaganya itu . Alhamdulillah , sepanjang dia di penjara itu , warden-warden di situ berlembut dengannya . Terima kasih Ya Allah , KAU lindungi aku . Aiman membuat solat sunat . Selepas itu dia membaca Al-Quran . 'Al-Quran . the love letter from Allah' - isterimu . Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu . basah tafsir itu dengan air matanya . Allah .....



Belajar DIAM dari banyakkan BICARA . belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN . belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG . belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN . belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN . belajar TAWAKAL dari UJIAN . belajar REDHA dari satu KETENTUAN .


"Alhamdulillah" berulang-ulang ayat tu keluar dari mulutnya . Haji Amran hanya tersenyum melihat wajah menantunya itu . "bebas juga saya abi ...." kata Aiman . "Alhamdulillah , Allah tunjuk kekuasaanNya dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak tercicir itu ." Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah . "Abi, jom jumpa Syahirah." Bicara Aiman ceria . Haji Amran tersentak . Dia hanya mengangguk . Aiman duduk di bahagian sebelah pemandu . Abahnya telah berangkat ke umrah sebagai tanda kesyukuran Aiman tak bersalah . Aiman hanya senyum sepanjang jalan . Tak sabar hendak bertemu isterinya . Rindu . Hampir sebulan dia tidak bertemu .


Haji Amran berhenti di hospital . Aiman terkejut . "abi , kenapa disini ?" "turun dulu Aiman . jom ." Ajak Haji Amran . Aiman hanya menuruti . Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang . Dia merenung dari luar sebuah bilik . Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis . Dia nampak uminya tengah menangis . Dia nampak doktor . perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu . "maaf , dia tidak dapat diselamatkan ." Lemah lutut Aiman dengar . Bukan . Salah ni . Aiman menghampiri katil itu . "barah hatinya dah kretikal , effect . dia tak dapat nak survive lama . Bersabarlah ." Kaki Aiman hampir di tepi katil itu . Ya Allah .... Air matanya cuba ditahan . Sakit! dia melihat Syahirah baring dengan tenang di atas katil itu . Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan dikucup dahi isterinya lembut . Selepas itu kakinya sangat lemah . Ya Allah , beratnya ujian ini . "TAK!!!" jerit Aiman dan terduduk . Dia menangis . Haji Amran menenangkan menantunya itu . "sabar Aiman... bawa mengucap..." "bukan ira abi , bukan ira..." tangis Aiman . Haji Amran mengusap bahu Aiman "dah ditentukan ajalnya ..." sebak Haji Amran .


"tak...tak..bukan dia..." sayu Aiman mengungkap . Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu . Sakit . Ya Allah sakitnya rasa ini . Sakit sangat! Kenapa Ya Allah . Syahirah .......... Air mata lelakinya deras mengalir . video cinta kita  "lagu apa?" "tajuknya cinta kita nyanyian teuku wisnu dan shireen sungkar" Syahirah mengambil mp3 nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga . Aiman memerhati . "...haa...nah.." dia menghulurkan earphone pada Aiman . "hm , awak ambil satu.."  kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi kepada isterinya . "er kita dengar sama-sama." tergagap-gagap Aiman . "Ok" ceria Syahirah menyambut earphone tu . "abang , kita jadikan lagu ini lagu kita nak?" Aiman diam seketika . Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar , Taktahu kenapa. "hmmm...."
kenapa harus jadi begini .......

Aiman menutup buku agama yang dibacanya itu . buku itu terletak disisi katil . pelipisnya di gosok . Ya Allah. sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi . sungguh , hampir 5bulan dia cuba kembali ke realiti . Abah dan abinya puas meredakan hatinya . puas mereka menghantarnya berubat . waktu itu , hanya tuhan sahaja tahu betapa sedihnya kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata . Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan .akhirnya , dia akur . setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya . Isterinya yang solehah . Inspirasi hatinya . Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya . kini , dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya dia villa mereka . "Aiman nak pergi mana?" Dia senyum . "ma...." Aiman menghampiri mamanya dan dicium tangan wanita itu . "nak keluar.." "nak pergi mana memalam ni?" soal abahnya pulak . "hmm , pergi masjid . Aiman pergi dulu , Assalamualaikum ." "Waalaikumusalam"


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid . Senyumannya terukir . Dia keluar dari kereta . Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid . Setelah berwudhuk , Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula . "Assalamualaikum." sapa seorang lelaki separuh umur . Aiman memberhentikan bacaannya . "Waalaikumusalam." "anak musafir ke ? Dah lewat malam ni." Aiman senyum . Dia tahu hampir 12 tengah malam. "saya ingat nak tidur sinilah pakcik." "ohh . kalau begitu pakcik balik dululah yea." Aiman mengangguk .


Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah terlelap . Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak . sejadah di ambil untuk jadikan bantal . Aiman membaringkan badannya . "Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah . "baik sayangg." Terdiam Syahirah . Aiman senyum je . "lagi?" "er... abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur .." Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur . Ya Allah , rindunnya hamba pada dia . Air mata Aiman mengalir . Dia baring mengiring ke kanan . mata cuba dilelapkan .


Tiba-tiba mata Aiman terpandang seseorang . Sayang . Aiman bangun . Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung . "sayang..." Aiman menggenggam tangan Syahirah . "jangan tinggalkan abang lagi..." Tangan itu dikucup . Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya .


Lemah lutu Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu . Cepat mereka bergegas ke masjid yang dikatakan pemanggil itu . "tu lah Dato . malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal . Dia kata nak tidur masjid . saya ya kan aje . tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba." Sebak Dato Rahimi mendengar . "terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur . saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak , tu saya suruh orang check nadi dia . Dia menemui Ilahi." Mengalir air mata isteri Dato Rahimi . Ya Allah , semoga roh anak kandung dan mentuanya di bawah rahmat-Mu . Al-Fatihah .


TAMAT
***********


Older Post | Newer Post