Cyween Terima kasih kerana sudi melawat No ripping . No copying . Story About Links THEM FB TWEET S W E E T H E A R T A friend is one who knows you and loves you just the same .
| Kehidupan
Saturday, 14 July 2012 | Saturday, July 14, 2012 | 0 Strawberry
Dalam kita menempuh kehidupan hari ini dan hari-hari mendatang . Kita tak kan lepas dari diuji . Ada je onak dan duri yang akan kita tempuhi dalam hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya . Sebab , mungkin ada yang jadi lupa diri , lupa daratan , meninggi diri serta berbangga dengan apa yang ada . Tapi , kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur dan belajar menghargai . Dunia ini ibarat pentas lakonan Manusia itulah pelakon dan pengarah utama nya Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya Malaikat itulah jurugambarnya Islam itulah jalan ceritanya Kiamat itulah kesudahan pengambarannya Padang Masyhar tempat penganugerahannya Rasullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaik Allah Subhanna Wataala adalah hakimnya Syurga atau Neraka adalah trofinya . Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah , maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya , janganlah menanyakan sesiapa tentangnya , kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu. hidup ini umpama roda . kadang kita di atas . kadangkala kita di bawah . bila kita dibawah , kita kena selalu pandang ke atas . untuk kita berusaha untuk naik ke atas . dan bila kita di atas , jangan kita lupa pandang ke bawah . agar kita sedar di mana letaknya diri kita . dari mana asal usul kita . agar kita tak lupa pada insan yang ada di bawah . untuk kita bantu mereka agar bersama-sama kita meniti saat manis bersama bila kita di puncak kejayaan . |